بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum..
Ketika jari saya ligat menggerakkan tetikus kesana kemari, sedang saya asyik men'google', tiba-tiba saya terbaca sebaris persoalan(tertera di tajuk post ini) yang betul-betul menarik minat saya untuk mengupas dengan lebih mendalam. Lebih-lebih lagi saya merupakan pencinta dan peminat haiwan ini. Berdasarkan beberapa pemerhatian yang telah dibuat, maka rasanya eloklah saya berkongsi makllumat dengan anda semua.
Pertamanya, terdapatkah bukti yang sahih menunjukkan bahawa kucing adalah haiwan kesayangan Baginda Rasulullah S.A.W? Jawapannya tiada. Tidak ada bukti(nas) sahih menunjukkan bahawa kucing adalah haiwan kesayangan Baginda Rasulullah SAW. Namun terdapat kisah tentang Baginda dengan kucing peliharaannya(yang saya dapat dari website, namun tidak tahu dari mana sumber asalnya), dan juga hadis riwayat At-Tabrani, yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW pernah memberi minum kucing dan berwudhu' dari sisa lebihan minum kucing (namun tidak menyatakan kucing haiwan kesayangan Rasulullah SAW kerana terdapat juga hadis yang meriwayatkan sikap prihatin Baginda SAW terhadap haiwan lain seperti unta, kambing, semut dan burung)
Kisah Baginda Dengan Kucing Peliharaannya
Diceritakan dalam suatu kisah, Rasulullah SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu saat, dikala Baginda hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Tak ingin mengganggu hewan kesayangannya itu, Baginda pun memotong belahan lengan yang ditiduri mueeza dari jubahnya. Ketika Baginda kembali ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk kepada majikannya. Sebagai balasan, Baginda menunujukkan kasih sayangnya dengan membelai lembut ke badan kucing yang gebu itu.
Dalam aktiviti lain, setiap kali Baginda menerima tetamu di rumahnya, Baginda selalu menggendong mueeza dan di letakkan dipahanya. Salah satu sifat Mueeza yang Baginda sukai ialah, ia selalu mengiau ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan. Bahkan kepada para sahabatnya, Baginda berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan seperti menyanyangi keluarga sendiri.
Namun terdapat banyak hadis sahih dalam Bukhari dan Muslim menceritakan amaran baginda Rasulullah S.A.W dalam hal manusia memperlakukan binatang dengan kejam. Seorang wanita dimasukkan ke dalam neraka kerana mengurung kucing dan tidak memberi makanan & minuman kepada kucing tersebut lalu kucing itu mati kelaparan. (Sahih Bukhari dan Muslim)
Namun, terdapat keistimewaan dari kucing yang menjadikan ia istimewa dari haiwan peliharaan yang lain.
Keistimewaan Kucing:
Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menghapus telur bakteria.
Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dirinya dengan sentuhan manusia.
Permukaan lidah kucing diliputi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini bengkok mengerucut seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang jatuh dari lidahnya.
Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Telah dilakukan berbagai penelitian terhadap kucing dan berbagai perbezaan usia, perbezaan posisi kulit, punggung, bagian dalam telapak kaki, pelindung mulut, dan ekor.
Pada bahagian-bagagian tersebut dilakukan pengambilan sampel dengan usapan.
Di samping itu, dilakukan juga penanaman kuman pada bahagian-bahagian khusus di badannya.
Juga diambil juga cairan khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.
Hasil yang didapatkan adalah:
1. Hasil yang diambil dari kulit tenyata negatif dari kuman, meskipun dilakukan berulang-ulang.
2. Perbandingan yang bahagian ditanamkan kuman memberikan hasil negatif sekitar 80% jika dilihat dari cairan yang diambil dari dinding mulut.
3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga memberikan hasil negatif berkuman.
4. Sekalinya ada kuman yang ditemukan saat proses penelitian, kuman itu masuk kelompok kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang berkembang pada tubuh manusia dalam jumlah yang terbatas seperti, enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan 50 ribu pertumbuhan.
5. Tidak ditemukan kelompok kuman yang seragam.
Berbagai sumber yang dapat dipercayai dan hasil penelitian laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak memiliki kuman dan mikrobakteria.
Ulasan-Ulasan Doktor Haiwan mengenai kucing
Menurut Dr. George Maqshud, ketua makmal di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemukan adanya kuman pada lidah kucing.
Jika kuman itu ada, maka kucing itu akan sakit.
Dr. Gen Gustafsirl menemukan bahawa kuman yang paling banyak terdapat pada anjing,
manusia 1/4 anjing, kucing 1/2 manusia.
Doktor haiwan di Klinik Haiwan Damaskus, Sa’id Rafah menegaskan bahawa kucing memiliki enzim pembersih yang benama lysozyme.
Kucing tidak suka air kerana air merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bakteria, terlebih pada takungan air (lumpur, lopak hujan, dll)
Kucing juga sangat menjaga kestabilan kehangatan tubuhnya. Ia tidak banyak berjemur dan tidak suka pada air.
Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor tidak adanya kuman pada tubuh kucing.

Dan hasil penelitian doktor dan eksperimen yang telah di lakukan di makmal haiwan, menunjukkan bahawa badan kucing adalah sangat bersih secara keseluruhan. Ia lebih bersih dari manusia .
Sisa makanan kucing hukumnya suci.
Hadis Kabsyah binti Ka’b bin Malik menceritakan bahwa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhu.
Pada saat itu, datang seekor kucing yang ingin minum.
Lantas ia menuangkan air di bejana sampai kucing itu minum.
Kabsyah berkata, “Perhatikanlah.” Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu heran?”
Ia menjawab, “Ya.”
Lalu, Abu Qatadah berkata bahwa Nabi SAW prnh bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),”
(HR At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).
Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahwa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah.
Lalu, beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana.”
Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana.
Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu.
Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis.”
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa anaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur.
Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya.
Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa ada bubur. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut.
Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya.
Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing,
(HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).
Hadis ini diriwayat dari Malik, Ahmad, dan imam hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang, yang badan, keringat, bekas dari sisa makanannya suci.
Kesimpulannya, Rasulullah SAW mengasihi dan menyayangi semua haiwan termasuklah kucing. Ini kerana haiwan adalah makhluk ciptaan Allah yang bernyawa serta berkongsi dunia dengan kita. Meskipun haiwan tidak dikurniakan akal fikiran seperti manusia, kita hendaklah menyayangi dan menghormati mereka dan tidak dibenarkan berlaku zalim dan penganiyaan ke atas haiwan. Hukum berlaku aniaya terhadap haiwan secara sengaja adalah berdosa dan dijanjikan balasan neraka kepada mereka yang melakukan aniaya. Saya kesal melihat video-video yang dipos di Facebook dimana kucing dianiaya, dipijak sehingga mati, dipotong kaki dan sebagainya. Sebagai manusia yang masih lagi mempunyai perasaan, saya amat sedih melihat perbuatan kejam ini sambil merasa amat geram melihat pelakunya berbangga dengan aksi 'lebih kejam dan hina dari haiwan' itu. Moralnya, sayangi binatang, dan jika mampu peliharalah binatang, semoga ia sebagai bonus untuk kita dalam perjalanan menuju ke'sana'. InsyaAllah....
Sekian,
Assalamualaikum...
*maklumat dan petikan diambil dari
http://swandika.freehostia.com/index.php?option=com_content&view=article&id=71:kenapa-kucing-menjadi-binatang-kesayangan-nabi&catid=45:islam-dan-manusia&Itemid=67
dan
http://qasoaljawabpelbagai.blogspot.com/2008/12/benarkah-kucing-binatang-kesayangan.html