Monday, November 1, 2010

Kucing: Benarkah Ia Binatang Kesayangan Rasulullah S.A.W?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum..

Ketika jari saya ligat menggerakkan tetikus kesana kemari, sedang saya asyik  men'google', tiba-tiba saya terbaca sebaris persoalan(tertera di tajuk post ini) yang betul-betul menarik minat saya untuk mengupas dengan lebih mendalam. Lebih-lebih lagi saya merupakan pencinta dan peminat haiwan ini. Berdasarkan beberapa pemerhatian yang telah dibuat, maka rasanya eloklah saya berkongsi makllumat dengan anda semua.

Pertamanya, terdapatkah bukti yang sahih menunjukkan bahawa kucing adalah haiwan kesayangan Baginda Rasulullah S.A.W? Jawapannya tiada. Tidak ada bukti(nas) sahih menunjukkan bahawa kucing adalah haiwan kesayangan Baginda Rasulullah SAW. Namun terdapat kisah tentang Baginda dengan kucing peliharaannya(yang saya dapat dari website, namun tidak tahu dari mana sumber asalnya), dan juga hadis riwayat At-Tabrani, yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW pernah memberi minum kucing dan berwudhu' dari sisa lebihan minum kucing (namun tidak menyatakan kucing haiwan kesayangan Rasulullah SAW kerana terdapat juga hadis yang meriwayatkan sikap prihatin Baginda SAW terhadap haiwan lain seperti unta, kambing, semut dan burung)

Kisah Baginda Dengan Kucing Peliharaannya

Diceritakan dalam suatu kisah, Rasulullah SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu saat, dikala Baginda hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Tak ingin mengganggu hewan kesayangannya itu, Baginda pun memotong belahan lengan yang ditiduri mueeza dari jubahnya. Ketika Baginda kembali ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk kepada majikannya. Sebagai balasan, Baginda menunujukkan kasih sayangnya dengan membelai lembut ke badan  kucing yang gebu itu.

Dalam aktiviti lain, setiap kali Baginda menerima tetamu di rumahnya, Baginda selalu menggendong mueeza dan di letakkan dipahanya. Salah satu sifat Mueeza yang Baginda sukai ialah, ia selalu mengiau ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan. Bahkan kepada para sahabatnya, Baginda berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan seperti menyanyangi keluarga sendiri.

Namun terdapat banyak hadis sahih dalam Bukhari dan Muslim menceritakan amaran baginda Rasulullah S.A.W dalam hal manusia memperlakukan binatang dengan kejam. Seorang wanita dimasukkan ke dalam neraka kerana mengurung kucing dan tidak memberi makanan & minuman kepada kucing tersebut lalu kucing itu mati kelaparan. (Sahih Bukhari dan Muslim)
Namun, terdapat keistimewaan dari kucing yang menjadikan ia istimewa dari haiwan peliharaan yang lain.

Keistimewaan Kucing:
Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menghapus telur bakteria.
Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dirinya dengan sentuhan manusia.

Permukaan lidah kucing diliputi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini bengkok mengerucut seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang jatuh dari lidahnya.

Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Telah dilakukan berbagai penelitian terhadap kucing dan berbagai perbezaan usia, perbezaan posisi kulit, punggung, bagian dalam telapak kaki, pelindung mulut, dan ekor.
Pada bahagian-bagagian tersebut dilakukan pengambilan sampel dengan usapan.
Di samping itu, dilakukan juga penanaman kuman pada bahagian-bahagian khusus di badannya.
Juga diambil juga cairan khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Hasil yang didapatkan adalah:

1. Hasil yang diambil dari kulit tenyata negatif dari kuman, meskipun dilakukan berulang-ulang.
2. Perbandingan yang bahagian ditanamkan kuman memberikan hasil negatif sekitar 80% jika dilihat dari cairan yang diambil dari dinding mulut.
3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga memberikan hasil negatif berkuman.
4. Sekalinya ada kuman yang ditemukan saat proses penelitian, kuman itu masuk kelompok kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang berkembang pada tubuh manusia dalam jumlah yang terbatas seperti, enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan 50 ribu pertumbuhan.
5. Tidak ditemukan kelompok kuman yang seragam.

Berbagai sumber yang dapat dipercayai dan hasil penelitian laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak memiliki kuman dan mikrobakteria.

Ulasan-Ulasan Doktor Haiwan mengenai kucing

Menurut Dr. George Maqshud, ketua makmal di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemukan adanya kuman pada lidah kucing.
Jika kuman itu ada, maka kucing itu akan sakit.

Dr. Gen Gustafsirl menemukan bahawa kuman yang paling banyak terdapat pada anjing,
manusia 1/4 anjing, kucing 1/2 manusia.
Doktor haiwan di Klinik Haiwan Damaskus, Sa’id Rafah menegaskan bahawa kucing memiliki enzim pembersih yang benama lysozyme.

Kucing tidak suka air kerana air merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bakteria, terlebih pada takungan air (lumpur, lopak hujan, dll)
Kucing juga sangat menjaga kestabilan kehangatan tubuhnya. Ia tidak banyak berjemur dan tidak suka pada air.
Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor tidak adanya kuman pada tubuh kucing.

Dan hasil penelitian doktor dan eksperimen yang telah di lakukan di makmal haiwan, menunjukkan bahawa badan kucing adalah sangat bersih secara keseluruhan. Ia lebih bersih dari manusia .

Sisa makanan kucing hukumnya suci.

Hadis Kabsyah binti Ka’b bin Malik menceritakan bahwa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhu.
Pada saat itu, datang seekor kucing yang ingin minum.
Lantas ia menuangkan air di bejana sampai kucing itu minum.
Kabsyah berkata, “Perhatikanlah.” Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu heran?”
Ia menjawab, “Ya.”
Lalu, Abu Qatadah berkata bahwa Nabi SAW prnh bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),”
(HR At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahwa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah.
Lalu, beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana.”
Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana.
Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu.
Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa anaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur.
Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya.
Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa ada bubur. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut.
Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya.
Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing,
(HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Hadis ini diriwayat dari Malik, Ahmad, dan imam hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang, yang badan, keringat, bekas dari sisa makanannya suci.

Kesimpulannya, Rasulullah SAW mengasihi dan menyayangi semua haiwan termasuklah kucing. Ini kerana haiwan adalah makhluk ciptaan Allah yang bernyawa serta berkongsi dunia dengan kita. Meskipun haiwan tidak dikurniakan akal fikiran seperti manusia, kita hendaklah menyayangi dan menghormati mereka dan tidak dibenarkan berlaku zalim dan penganiyaan ke atas haiwan. Hukum berlaku aniaya terhadap haiwan secara sengaja adalah berdosa dan dijanjikan balasan neraka kepada mereka yang melakukan aniaya. Saya kesal melihat video-video yang dipos di Facebook dimana kucing dianiaya, dipijak sehingga mati, dipotong kaki dan sebagainya. Sebagai manusia yang masih lagi mempunyai perasaan, saya amat sedih melihat perbuatan kejam ini sambil merasa amat geram melihat pelakunya berbangga dengan aksi 'lebih kejam dan hina dari haiwan' itu. Moralnya, sayangi binatang, dan jika mampu peliharalah binatang, semoga ia sebagai bonus untuk kita dalam perjalanan menuju ke'sana'. InsyaAllah....

Sekian, 
Assalamualaikum...

*maklumat dan petikan diambil dari 
http://swandika.freehostia.com/index.php?option=com_content&view=article&id=71:kenapa-kucing-menjadi-binatang-kesayangan-nabi&catid=45:islam-dan-manusia&Itemid=67
dan
http://qasoaljawabpelbagai.blogspot.com/2008/12/benarkah-kucing-binatang-kesayangan.html

Saturday, October 30, 2010

Cinta: Membawa ke Syurga atau Neraka?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum...

"Ketika ini, dalam keadaan aman begini, dalam keadaan aku masih dilanda resah yang tidak menentu. Aduh, kenapa dengan perasaan resahku ini, kenapa tidak mahu reda. Tidak pernah jadi begini sepanjang hidupku. Resah, resah dan terus resah. Semua kerja yang ku lakukan tidak menjadi. Adakah keresahan aku kerana risau akan kehilangan dia?? Kehilangan orang yang telah mengusik hatiku dan membangkitkan perasaan cintaku ini  Hmm...aku pon xmengerti, mengapakah wujud perasaan begini hadir dalam hidupku. Cinta, apakah itu cinta, layakkah aku bercinta, adakah dia dapat menerima cinta aku dan sebagainya. Perasaanku bercampur baur sekarang ini. Ya Allah, Engkau bimbinglah hamba Mu yang lemah ini, jauhkanlah diri ini dari lembah kehinaan. Amin.."

Begitulah antara salah satu situasi bila diri ini dilamun cinta. Apakah itu cinta? Cinta adalah sesuatu perasaan yang dimiliki oleh setiap manusia, terbahagi kepada beberapa kategori, namun secara asasnya cinta adalah perasaan untuk menyukai, menyenangi, menyayangi, menyerahkan seluruh jiwa raga dan pengorbanan. Seringkali kita tersalah anggap bahawa cinta itu adalah untuk sesama manusia semata-mata. Namun, hakikatnya konteks cinta ini amat luas, amat besar sehingga bila di huraikan cukup untuk membuat tesis bagi mereka yang mengambil PhD(LOL).

Namun begitu, isu yang ingin saya kupas ialah tentang masalah dialami oleh masyarakat di sekeliling kita kapan ini. Sebuah masyarakat yang amat mengagung-agungkan cinta sesama manusia dan seringkali mengabaikan dan melupakan Pemilik Cinta yang sebenar. Pernah saya terbaca sebuah artikel yang mana tajuknya saya fikir amat menarik dan memberikan makna mendalam jika dapat difahami oleh sesiapa yang menbacanya. Tajuknya (dalam bahasa penjajah dipanggil Headline) berbunyi "Seringkali kita mendambakan cinta si peminjam cinta namun kita melupakan dan terus melupakan Pemilik Cinta yang sebenar, bagaimana kita nak bahagia". Lebih kurang macam itulah bunyinya, tapi kalau versi asal lagi sedap susunan katanya.

Ya benar, zaman moden ini, boleh kita lihat dengan jelas melalui mata kasar bahawa masyarakat kini berlumba-lumba mencari cinta sejati(kononnya) namun dalam asyik mengejar cinta, mereka mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai hamba Allah di muka bumi ini. Dan mereka sering tersalah anggap bahawa cinta adalah perasaan yang lahir dari hati mereka dan menyatakan bahawa cinta adalah mutlak sebagai hak milik mereka. Sedang mereka hanyut dibuai perasaan, mereka terlupa sebenarnya perasaan itu diciptakan oleh Allah SWT dan dilahirkan dalam hati setiap insan dalam perjalanan mencari keredhaanNya dalam hidup. Namun, perasaan suci yang dilahirkan ini disalah ertikan, dari mencari keredhaan Allah kepada sebaliknya,mencari nikmat hidup dunia(maksiat) seterusnya mengundang kemurkaan Allah.

Cinta, cinta, cinta, ditambah pula dengan permainan dunia yang penuh godaan hawa nafsu dan perangkap iblis dan syaitan, dari perasaan yang bersih suci dan mulus menjadi perasaan yang dikuasai oleh hawa nafsu dan pada akhirnya terjadi perkara yang tidak kita ingini(tak tahu la kalo remaja zaman sekarang ingin) iaitu zina dan seterusnya meningkatkan peratus kadar pembuangan bayi. Itulah cinta yang terpesong, cinta yang dikuasai oleh nafsu semata-mata, akhirnya jatuh dalam perangkap syaitan. Cinta yang dianggap suci tanpa disedari merupakan cinta yang membawa mereka kepada kemungkaran.

Remaja, remaja, remaja, mengapakah kamu terlalu obses dengan cinta, sehinggakan ada yang sanggup ada yang sanggup menggadaikan maruah demi cinta yang kononya suci itu. Dan mereka bangga dapat melakukan itu dan menganggap itulah bukti cinta mereka berdua sebenarnya itulah perkara yang terkutuk. Sudahlah menggadai maruah untuk bukan muhrim, sedangkan bila-bila masa sahaja mereka boleh berpisah, ia merupakan 'pengorbanan' yang sia-sia ditambah dengan dosa zina. Itu belum ke tahap terlanjur, mengandung kemudian membuang(sesetengahnya membunuh) bayi hasil dari hubungan mereka. Bayangkan berapa kali ganda dosa yang mereka lakukan. Inilah 'cinta' yang membawa mereka hampir dengan api neraka melainkan mereka bertaubat dengan taubat nasuha.

Remaja, remaja, remaja, tahukah kamu bahawa berkapel itu hukumnya haram disisi Islam. Berkapel atau berpacaran adalah lumrah bagi setiap pasangan yang dilamun cinta. Pergi sini, berarak sana, berdating sana sini dan dengan bangga menunjuk pacar (pasangan) masing-masing, bermanja dan bemesra, berpeluk-pelukkan, bercumbu-cumbuan. Bukankah mereka pasangan paling romantik di dunia ini?? Hakk ptuihhh...itulah jawapan saya. Tanpa ikatan yang sah, semua perlakuan itu hanya sia-sia. Iya memang romantik, sangat-sangat romantik. Tapi yang perbuatan romantik seperti itu bukan membawa pasangan itu ke alam perkahwinan, tetapi permulaan kepada terhasilnya anak luar nikah. Seperti yang saya tahu, kapel bukanlah pendahuluan kepada perkahwinan tetapi hanya permulaan kepada remaja untuk menghampiri zina. Setiap perbuatan, setiap perkataan, setiap perlakuan hanya mendekatkan remaja untuk terlanjur. Ia cuma perangkap syaitan laknatullah untuk menenggelamkan anak cucu Adam dalam nafsu mereka sendiri.

Itulah cinta palsu ditimbulkan dari bisikan iblis dan syaitan. Namun sebenarnya cinta adalah perasaan yang suci. Perasaan yang mampu membawa kita ke syurga. Perasaan yang mampu menyenangkan hati si pencinta, dan si penerima cinta. Inilah yang dikatakan cinta hakiki, iaitu cinta sejati yang membawa ke syurga. Pertamanya, cintakan Allah SWT dan taat melakukan perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. Keduanya, cintakan Rasulullah SAW dengan sepenuh hati dengan mengamalkan sunnah baginda serta selalu berselawat ke atas baginda. Ketiga, cintakan Islam sebagai agama yang diredhai Allah SWT, dan sanggup berkorban harta dan nyawa dalam menegakkan Islam. Keempat cinta dan sayang kepada kedua orang tua  kita seperti mereka menyayangi kita semasa kecil. Berbaktilah dengan sementara mereka masih ada. Dan yang kelima, iaitu saling menyayangi dan mencintai antara si suami dan si isteri. Si isteri yang patuh pada suami dan suami yang mampu membimbing isteri dan keluarga dengan baik merupakan antara penghuni syurga. Inilah antara cinta hakiki, cinta sejati yang mampu membawa si pencinta kepada nikmat syurga.

Memang sukar untuk mendapatkan cinta-cinta seperti ini kerana bisikan nafsu serta hasutan syaitan akan sentiasa berlaku di mana saja kita berada. InsyaAllah, jika kita dapat mengatasinya, pasti kita dapat memiliki cinta-cinta ini. Hanya dengan meningkatkan tahap keimanan dan ketaqwaan kita, terapkan perasaan cinta kita kepada Yang Maha Pencipta, insyaAllah kita akan dapat mencapai cinta hakiki ini. Oleh itu, wahai kawan-kawanku, bermula dari sekarang, marilah sama-sama kita berusaha meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita. Perkara berlalu tak usah diungkit. Bertaubatlah selagi masih sempat. InsyaAllah, dengan usaha, suatu hari nanti pasti kita akan mendapat cinta yang hakiki, iaitu Allah mencintai kita sebagaimana kita mencintaiNya.

InsyaAllah..
Sekian, assalamualaikum..

*tulisan ini sekadar memberi peringatan terhadap diri saya dan kalian yang sudi membacanya. Ia tidak bertujuan untuk menyakiti hati sesiapapun. Harap kita semua beroleh sesuatu dari tulisan ini. InsyaAllah.







Friday, October 29, 2010

Satu langkah kecil...Bermula Sebuah Perjalanan

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...

Ini adalah pos pertama saya di blog ini...pos sebagai permulaan langkah kepadaku untuk memastikan blog ini terus hidup dan terus memberi info-info yang berguna kepada pembaca(harap2 la..hihi) dan disini saya berharap satu langkah yang kecil ini mampu menjadikan blog ini mampu untuk bersaing dengan jutaan blog yang ada sekarang(acecece...semangat ja lebih..jangan cakap saja taw..hihihi)

Langkah pertama,satu langkah yang penting untuk melakukan sesuatu. Tidak kira lah apa yang dilakukan, semuanya mesti bermula dengan langkah pertama dan bagaimana kita mengorak langkah pertama, itulah yang terpenting untuk menentukan arah tuju perjalanan dan ia akan mempengaruhi hasilnya. Tidak kisah sebesar atau sekecil mana langkah itu. Tetapi, bagi saya, untuk memulai sesuatu, ataupun melakukan sesuatu perubahan, biarlah bermula dari satu langkah yang kecil. Biarlah orang tak nampak apa yang kita lakukan asalkan pada akhirnya kita menemui hasil yang kita idam-idamkan. Usahlah terburu-buru dalam melakukan sesuatu, takut di akhirnya kita mendapat hasil tidak seperti yang diidam-idamkan. Kecewa pasti akan melanda.

Perjalanan kita masih jauh, masih banyak yang perlu kita pelajari sebagai manusia untuk menjadi seorang insan yang 'lengkap' di Mata Yang Maha Mencipta. Banyak yang perlu kita ketahui untuk membongkar 1001 rahsia alam ciptaanNya. Hanya satu sahaja jalan untuk mengetahui rahsia-rahsia tersebut iaitu ilmu. Hanya dengan Ilmu,kita mampu meneroka semua itu. Akan tetapi, kita semua harus sedar bahawa dunia yang amat-amat disayangi oleh segelintir kita kini sudah hampir ke penghujungnya. Penghujung yang akan menamatkan segalanya. Segala perlumbaan dan persaingan antara manusia akan berakhir bila tiba masanya itu. Oleh itu, harus kita sedar, dalam keasyikan kita bersaing,berlumba mendapatkan sesuatu, janganlah dilupakan kepada Dia yang Satu, yang Maha Mengasihi dan Maha Mengasihani. Oleh itu,mari rakan-rakan ku,kita cuba membina sebuah masyarakat yang cintakan ilmu,berdaya saing dan cintakan Allah SWT. dan Rasulullah SAW. InsyaAllah...

Sekian, Assalamualaikum..