Saturday, October 30, 2010

Cinta: Membawa ke Syurga atau Neraka?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum...

"Ketika ini, dalam keadaan aman begini, dalam keadaan aku masih dilanda resah yang tidak menentu. Aduh, kenapa dengan perasaan resahku ini, kenapa tidak mahu reda. Tidak pernah jadi begini sepanjang hidupku. Resah, resah dan terus resah. Semua kerja yang ku lakukan tidak menjadi. Adakah keresahan aku kerana risau akan kehilangan dia?? Kehilangan orang yang telah mengusik hatiku dan membangkitkan perasaan cintaku ini  Hmm...aku pon xmengerti, mengapakah wujud perasaan begini hadir dalam hidupku. Cinta, apakah itu cinta, layakkah aku bercinta, adakah dia dapat menerima cinta aku dan sebagainya. Perasaanku bercampur baur sekarang ini. Ya Allah, Engkau bimbinglah hamba Mu yang lemah ini, jauhkanlah diri ini dari lembah kehinaan. Amin.."

Begitulah antara salah satu situasi bila diri ini dilamun cinta. Apakah itu cinta? Cinta adalah sesuatu perasaan yang dimiliki oleh setiap manusia, terbahagi kepada beberapa kategori, namun secara asasnya cinta adalah perasaan untuk menyukai, menyenangi, menyayangi, menyerahkan seluruh jiwa raga dan pengorbanan. Seringkali kita tersalah anggap bahawa cinta itu adalah untuk sesama manusia semata-mata. Namun, hakikatnya konteks cinta ini amat luas, amat besar sehingga bila di huraikan cukup untuk membuat tesis bagi mereka yang mengambil PhD(LOL).

Namun begitu, isu yang ingin saya kupas ialah tentang masalah dialami oleh masyarakat di sekeliling kita kapan ini. Sebuah masyarakat yang amat mengagung-agungkan cinta sesama manusia dan seringkali mengabaikan dan melupakan Pemilik Cinta yang sebenar. Pernah saya terbaca sebuah artikel yang mana tajuknya saya fikir amat menarik dan memberikan makna mendalam jika dapat difahami oleh sesiapa yang menbacanya. Tajuknya (dalam bahasa penjajah dipanggil Headline) berbunyi "Seringkali kita mendambakan cinta si peminjam cinta namun kita melupakan dan terus melupakan Pemilik Cinta yang sebenar, bagaimana kita nak bahagia". Lebih kurang macam itulah bunyinya, tapi kalau versi asal lagi sedap susunan katanya.

Ya benar, zaman moden ini, boleh kita lihat dengan jelas melalui mata kasar bahawa masyarakat kini berlumba-lumba mencari cinta sejati(kononnya) namun dalam asyik mengejar cinta, mereka mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai hamba Allah di muka bumi ini. Dan mereka sering tersalah anggap bahawa cinta adalah perasaan yang lahir dari hati mereka dan menyatakan bahawa cinta adalah mutlak sebagai hak milik mereka. Sedang mereka hanyut dibuai perasaan, mereka terlupa sebenarnya perasaan itu diciptakan oleh Allah SWT dan dilahirkan dalam hati setiap insan dalam perjalanan mencari keredhaanNya dalam hidup. Namun, perasaan suci yang dilahirkan ini disalah ertikan, dari mencari keredhaan Allah kepada sebaliknya,mencari nikmat hidup dunia(maksiat) seterusnya mengundang kemurkaan Allah.

Cinta, cinta, cinta, ditambah pula dengan permainan dunia yang penuh godaan hawa nafsu dan perangkap iblis dan syaitan, dari perasaan yang bersih suci dan mulus menjadi perasaan yang dikuasai oleh hawa nafsu dan pada akhirnya terjadi perkara yang tidak kita ingini(tak tahu la kalo remaja zaman sekarang ingin) iaitu zina dan seterusnya meningkatkan peratus kadar pembuangan bayi. Itulah cinta yang terpesong, cinta yang dikuasai oleh nafsu semata-mata, akhirnya jatuh dalam perangkap syaitan. Cinta yang dianggap suci tanpa disedari merupakan cinta yang membawa mereka kepada kemungkaran.

Remaja, remaja, remaja, mengapakah kamu terlalu obses dengan cinta, sehinggakan ada yang sanggup ada yang sanggup menggadaikan maruah demi cinta yang kononya suci itu. Dan mereka bangga dapat melakukan itu dan menganggap itulah bukti cinta mereka berdua sebenarnya itulah perkara yang terkutuk. Sudahlah menggadai maruah untuk bukan muhrim, sedangkan bila-bila masa sahaja mereka boleh berpisah, ia merupakan 'pengorbanan' yang sia-sia ditambah dengan dosa zina. Itu belum ke tahap terlanjur, mengandung kemudian membuang(sesetengahnya membunuh) bayi hasil dari hubungan mereka. Bayangkan berapa kali ganda dosa yang mereka lakukan. Inilah 'cinta' yang membawa mereka hampir dengan api neraka melainkan mereka bertaubat dengan taubat nasuha.

Remaja, remaja, remaja, tahukah kamu bahawa berkapel itu hukumnya haram disisi Islam. Berkapel atau berpacaran adalah lumrah bagi setiap pasangan yang dilamun cinta. Pergi sini, berarak sana, berdating sana sini dan dengan bangga menunjuk pacar (pasangan) masing-masing, bermanja dan bemesra, berpeluk-pelukkan, bercumbu-cumbuan. Bukankah mereka pasangan paling romantik di dunia ini?? Hakk ptuihhh...itulah jawapan saya. Tanpa ikatan yang sah, semua perlakuan itu hanya sia-sia. Iya memang romantik, sangat-sangat romantik. Tapi yang perbuatan romantik seperti itu bukan membawa pasangan itu ke alam perkahwinan, tetapi permulaan kepada terhasilnya anak luar nikah. Seperti yang saya tahu, kapel bukanlah pendahuluan kepada perkahwinan tetapi hanya permulaan kepada remaja untuk menghampiri zina. Setiap perbuatan, setiap perkataan, setiap perlakuan hanya mendekatkan remaja untuk terlanjur. Ia cuma perangkap syaitan laknatullah untuk menenggelamkan anak cucu Adam dalam nafsu mereka sendiri.

Itulah cinta palsu ditimbulkan dari bisikan iblis dan syaitan. Namun sebenarnya cinta adalah perasaan yang suci. Perasaan yang mampu membawa kita ke syurga. Perasaan yang mampu menyenangkan hati si pencinta, dan si penerima cinta. Inilah yang dikatakan cinta hakiki, iaitu cinta sejati yang membawa ke syurga. Pertamanya, cintakan Allah SWT dan taat melakukan perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. Keduanya, cintakan Rasulullah SAW dengan sepenuh hati dengan mengamalkan sunnah baginda serta selalu berselawat ke atas baginda. Ketiga, cintakan Islam sebagai agama yang diredhai Allah SWT, dan sanggup berkorban harta dan nyawa dalam menegakkan Islam. Keempat cinta dan sayang kepada kedua orang tua  kita seperti mereka menyayangi kita semasa kecil. Berbaktilah dengan sementara mereka masih ada. Dan yang kelima, iaitu saling menyayangi dan mencintai antara si suami dan si isteri. Si isteri yang patuh pada suami dan suami yang mampu membimbing isteri dan keluarga dengan baik merupakan antara penghuni syurga. Inilah antara cinta hakiki, cinta sejati yang mampu membawa si pencinta kepada nikmat syurga.

Memang sukar untuk mendapatkan cinta-cinta seperti ini kerana bisikan nafsu serta hasutan syaitan akan sentiasa berlaku di mana saja kita berada. InsyaAllah, jika kita dapat mengatasinya, pasti kita dapat memiliki cinta-cinta ini. Hanya dengan meningkatkan tahap keimanan dan ketaqwaan kita, terapkan perasaan cinta kita kepada Yang Maha Pencipta, insyaAllah kita akan dapat mencapai cinta hakiki ini. Oleh itu, wahai kawan-kawanku, bermula dari sekarang, marilah sama-sama kita berusaha meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita. Perkara berlalu tak usah diungkit. Bertaubatlah selagi masih sempat. InsyaAllah, dengan usaha, suatu hari nanti pasti kita akan mendapat cinta yang hakiki, iaitu Allah mencintai kita sebagaimana kita mencintaiNya.

InsyaAllah..
Sekian, assalamualaikum..

*tulisan ini sekadar memberi peringatan terhadap diri saya dan kalian yang sudi membacanya. Ia tidak bertujuan untuk menyakiti hati sesiapapun. Harap kita semua beroleh sesuatu dari tulisan ini. InsyaAllah.







1 comment:

  1. Thunder Titanium Lights - Titanium Arts
    Our thinkpad x1 titanium latest titanium iv chloride product titanium wood stoves Thunder Titanium lights is a unique way of playing babyliss nano titanium the latest and greatest games for your titanium hair device. A stunning design with a stunning  Rating: 4 · ‎1 vote

    ReplyDelete